Tentang BTS: Satu Pengenalan

Terjemahan dan Suntingan oleh, Jan Shah

Bangtan Sonyeondan, atau lebih dikenali dengan panggilan ringkas, BTS adalah satu kumpulan “boy band” yang berasal dari Korea Selatan. BTS terdiri daripada tujuh orang ahli dan kesemua ahli BTS terkenal dengan keboleh mereka untuk “rap”, menyanyi juga menari. Sejak kemunculan pertama mereka pada tahun 2013, BTS telah berjaya mengecapi populariti di peringkat dunia dan telah menjadi kumpulan Korea yang pertama untuk memenangi Anugerah Muzik Billboard. Anugerah Muzik Amerika adalah pentas buat kemunculan pertama BTS dalam siaran televisyen Amerika. Ahli-ahli BTS banyak menyumbang dalam proses pembikinan lagu dan muzik mereka sendiri. Dengan pengalaman selama lebih lima tahun, BTS terus menerajui pasaran muzik global menerusi album terbaru mereka, Love Yourself: Tear yang telah meraih lebih 1.4juta pada hanya pra-jualan album tersebut. Kumpulan ini juga telah berkolaborasi bersama artis barat yang terkenal seperti Fall Out Boy, the Chainsmokers, Steve Aoki dan Desiigner. BTS juga mempunyai akaun Twitter dengan jumlah pengikut seramai 14juta pengikut. Berikut adalah pengenalan kepada ketujuh-ketujuh ahli kumpulan BTS mengikut susunan umur (tua ke muda):

promo 22

Jin (Kim Seok-jin), ahli kumpulan BTS yang tertua dan juga salah seorang vokalis dalam kumpulan tersebut yang terdiri daripada empat orang vokalis. Beliau juga terkenal dengan gelaran “worldwide handsome” yang bermaksud, jejaka terkacak dunia dan mempunyai nota vokal yang luar biasa. Walaupun beliau tidak menjalani sebarang latihan vokal mahupun tarian sebelum menyertai BTS, Jin adalah komponen terpenting yang membentuk kumpulan ini. Jin juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang lakonan dan kini sedang menyambung pelajarannya ke tahap ijazah sarjana di Universiti Siber Hanyang.

promo 19

Suga (Min Yoon-gi) adalah seorang “rapper”, penulis dan pencipta lagu buat kumpulan BTS. Suga memulakan kerjayanya di pentas “rap underground” sebelum diterima masuk sebagai ahli BTS. Sejak itu, Suga telah mendaftarkan lebih 60 buah lagu bersama Persatuan Hak Cipta Muzik Korea. Beliau juga telah mengeluarkan satu album mixtape solonya yang dinamakan dengan nama pentasnya, Agust D. Sumber ilham buat lagu-lagu ciptaan Suga adalah berdasarkan payah jerih dirinya sendiri dalam melawan penyakit mental. Karya-karya Suga yang introspektif juga diminati ramai adalah satu landasan terpenting kepada kejayaan domestik juga antarabangsa BTS.

promo 23

J-Hope (Jung Ho-seok) adalah salah seorang “rapper” dalam BTS dan amat dikenali oleh ahli- ahli kumpulan ini sebagai penari utama. Album “mixtape” J-Hope yang bertajuk Hope World telah dilancarkan pada awal tahun 2018 dan telah meraih tempat ke 38 di carta Billboard. J-Hope juga banyak menyumbang dalam bidang pembikinan muzik kumpulan tersebut.

promo 21

RM (Kim Nam-joon) adalah ketua dan juga penaung kumpulan BTS. Pada permulaan kemunculannya, beliau menggunakan nama gelaran Rap Monster sebelum menukarnya pada tahun 2017. RM telah melancarkan sebuah album “mixtape” yang dinamakan RM pada tahun 2015. Selain daripada itu, beliau adalah “rapper” kumpulan ini dan juga pencipta dan penulis lagu buat BTS. RM telah mencipta karya yang pelbagai dengan lebih 80 buah dan telah diperakui oleh Persatuan Hak Cipta Muzik Korea. RM telah memberi ucapan terima kasih di pesta Anugerah Muzik Billboard 2017 selepas mereka telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kegori anugerah “Artis Sosial Terkenal”. RM juga fasih berbahasa Inggeris.

promo 24

Park Jimin adalah vokalis kumpulan BTS dan beliau juga adalah pelatih penari sebelum menyertai Big Hit Entertaiment, iaitu syarikat pengurusan kumpulan tersebut. Jimin terkenal dengan kebolehan menarinya yang amat menakjubkan dan transisi nota vokalnya yang sempurna tanpa cela. Dia adalah artis solo buat lagu trek, Intro: Serendipity dalam salah sebuah album studio mereka yang berjudul, Love Yourself:Her. Jimin adalah artis idola pertama yang menerima satu bilion “hearts” semasa VLIVE solonya, membuktikan tahap popuariti beliau.

promo 18

V (Kim Tae-hyung) juga adalah vokalis kumpulan BTS. Selain daripada Jin, V juga dikenali sebagai “visual” utama kumpulan tersebut berikutan ketampanan wajahnya. V dan Jin telah bergabung untuk nyanyian lagu latar buat sebuah drama Korea, Hwarang: The Poet Warrior Youth yang dibintangi oleh V sendiri. Lagu latar tersebut berjudul It’s Definitely You. Pada tahun 2017, V telah melancarkan sebuah lagu kolaborasi bersama RM yang berjudul 4 O’clock. V juga telah dinobatkan dalam senarai tahunan Independent Critics sebagai lelaki terkacak tahun 2017.

promo 20

Jungkook (Jeon Jeong-guk) adalah ahli termuda kumpulan BTS. Jungkook berusia 15 tahun sewaktu kemunculan pertama BTS pada tahun 2013. Beliau juga dikenali sebagai vokalis utama BTS. Jungkook telah mendendangkan lagu tema Love Yourself: Wonder yang berjudul Euphoria secara solo. Jungkook juga adalah salah seorang penari utama BTS dan juga dikenali sebagai “Golden Maknae” berikutan kehebatannya dalam pelbagai bidang. Jungkook telah menamatkan pengajian di sekolah awam sewaktu dia aktif bersama BTS dan kini sedang mengikuti pengajian di universiti. Sama seperti ahli-ahli kumpulan yang lain, Jungkook juga telah menulis dan mencipta sebuah lagu solonya yang berjudul Begin yang dimuatkan dalam album studio mereka, Wings.

promo 17

BTS terus memecah batasan industri K-Pop melalui kejayaan mereka menerobos pasaran barat. Populariti BTS yang luar biasa juga telah membenarkan BTS untuk menempah tempat pertama dalam senarai Forbes Selebriti Terkenal Korea 2018. BTS telah membuka satu persepsi baru dunia terhadap selebriti Korea melalui kerjasama dengan UNICEF Rakyat Korea pada hujung tahun 2017. Kerjasama yang akan berjalan selama dua tahun ini melihatkan pelancaran kempen anti-keganasan “Love Myself” dalam memerangi keganasan. BTS mendapat sokongan penuh dari syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertainment dalam pembikinan muzik juga kerja-kerja kemanusiaan mereka. Nilai bersih Big Hit Entertainment yang kini dilaporkan sekitar 57 juta USD hasil daripada karya-karya hebat BTS juga aktiviti kemanusiaan mereka. BTS dan Big Hit Entertainment tampak kukuh dalam usaha mereka untuk melangkaui batasan industri dan mencipta karya-karya yang hebat. Tidak dapat disangkal lagi, BTS akan mampu mendominasi dunia sejagat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s